Promo Video: Manohara meets Malaysiakini
Perkahwinan Manohara Odelia Pinot dengan Tengku Temenggong Kelantan berlangsung tanpa persediaan teratur pihaknya kerana beliau "diajar supaya selalu berkata ya" kepada Sultan Kelantan.
"Sebelum berjumpa dengan keluarga diraja, saya diajar cara berjalan dan bercakap dengan mereka. Mereka beritahu, saya tidak boleh berkata 'tidak' kepada keluarga diraja kerana ia dianggap sebagai menghina.
"Saya diajar selalu berkata, 'ya Tuanku (Sultan)' dan 'ya, Raja (Perempuan)'," kata ibu bekas model muda itu Daisy Fajarina dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.
"Jadi, selepas berjumpa dengan Raja (Perempuan), saya tinggalkan bilik dan bertemu adindanya, Tengku Anisah, Datuk Wan Hassan dan Tengku (Muhammad Fakhry Petra).
"Saya beritahu mereka, Raja mahu Manohara berkahwin dengan Tengku.
"Saya kata kepada mereka, dengan segala hormatnya, saya ibunya, bagi pihak keluarga Manohara, saya jemput keluarga Tengku datang ke Jakarta untuk membicarakan masalah perkahwinan."
Daisy, 44, menceritakan dilemanya menguruskan perkahwinan Manohara, yang menurutnya, tidak mendapat kebenaran pejabat urusan agama Indonesia dan tanpa persetujuan ayah kandung di Amerika Syarikat.
Ditemui di Jakarta baru-baru ini, Daisy mengakui tidak dapat menolak permohonan istana kerana segala persediaan perkahwinan pada 26 Ogos tahun lalu telah dijalankan.
Mereka juga tidak dibenarkan pulang dari Kelantan sehingga selesai walimatul urus itu, tambahnya.
Wanita kelahiran Sulawesi Selatan itu ditemui di sebuah hotel di Jakarta sewaktu menunggu Manohara menjalani penggambaran bagi drama bersiri pertamanya – diadaptasi daripada perjalanan hidupnya – yang sedang dalam pembikinan.
Menceritakan versinya mengenai konflik anaknya yang mendakwa didera putera Sultan Kelantan itu, Daisy mendakwa keluarganya tidak diberikan wang hantaran seperti kelazimannya.
"Tetapi menjelang perkahwinan, mereka berikan Manohara mas kahwin bernilai RM15,000 dan barang kemas," katanya, dan mengakui Manohara masih menyimpannya.
Beliau sebelum ini mendakwa anaknya didera Tengku Muhammad Fakhry secara emosi, mental dan seksual sepanjang sembilan bulan perkahwinan mereka.
Dengan pertolongan kedutaan-kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat, Manohara melarikan diri ke Jakarta dari Singapura sewaktu menziarahi Sultan Kelantan yang sedang gering di republik itu.
Malaysiakini
Thursday, July 2, 2009
Exclusive: Cerita awal perkahwinan Manohara
Posted by
wizvax
at
11:17 PM
Subscribe to YouCeramah daily video direct to your mailbox for free! Subcribe today or you'll never know what are you missing! Subscribe Here.
Labels: Manohara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search
Categories
- Anwar Ibrahim (16)
- Bersih (1)
- Breaking News (6)
- Bukit Gantang (1)
- Ceramah Anwar Ibrahim (1)
- Demo (5)
- Health Info (1)
- Hindraf (1)
- Husam (3)
- Idham Lim (1)
- Kelantan (30)
- Ketuanan Rakyat (1)
- KJ (1)
- Mahfuz (1)
- Manek Urai (33)
- Manohara (1)
- Najib (2)
- Nik Aziz (12)
- Nizar (20)
- Pakatan Rakyat (33)
- PAS (52)
- Perak (26)
- Politic (28)
- PPSMI (3)
- Public (1)
- Royalti MInyak (1)
- Toyo (2)
- Tun Mahathir (1)
- Ustaz Nasharudin (1)
- Zahar Hashim (1)
- Zaid Ibrahim (1)
0 comments:
Post a Comment