Wednesday, July 15, 2009

0

[VIDEO] Manek Urai - Video pengakuan bagi wang!



Lokasinya ialah berhampiran pejabat KESEDAR Sungai Perial.

Tuesday, July 14, 2009

0

Manek Urai - Official: PAS wins by 65 votes

9.10pm: PAS top leaders along with their victorious candidate Mohd Fauzi Abdullah are at the main tally centre. Among them are Husam Musa, PAS treasurer Dr Hatta Ramli and central committee member Dr Dzulkefly Ahmad. No Umno leaders are there.


9.01pm: OFFICIAL RESULTS from the Election Commission -

PAS, 5.348; Umno 5,283, majority, 65. Margin: 0.61%

Malaysiakini

0

[BREAKING NEWS] Manek Urai - PAS menang dengan majoriti 64 undi, BN mintak Undi dikira semula

TERKINI: Menurut sumber tidak rasmi, PAS menang tipis dengan majoriti 64 undi sahaja.

Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66 undi
6. Undi pos – 35 undi

Peti Undi PAS menang dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi

Berita lanjut akan menyusul

Belum ada pemenang jelas? Undi dikira semula

Pinkturtle

0

[VIDEO] Manek Urai - Vote buying: RM300 for 'transport allowance'



Voters who had travelled from other places to cast their ballots in the Manek Urai by-election in Kelantan received 'transport allowance' from a group of unidentified individuals.

This morning, scores of people were seen queuing up outside a wooden house located in the vicinity of the South Kelantan Development Authority (Kesedar) building, some 50 metres from the SK Peria polling centre.

They submitted their identity cards to 'officials' - who called out names from a list - stationed at the front door in return for the cash.

0

[VIDEO] Manek Urai - Supporters of PAS and Umno traded insults



Manek Urai - Supporters of PAS and Umno traded insults

0

[VIDEO] Manek Urai - More on 'Vote buying'



Manek Urai - More on 'Vote buying'

0

[VIDEO] Manek Urai - Pagi mengundi tenang, PAS optimis menang oleh Tok Guru Nik Aziz



Penyokong patuhi arahan SPR, tiada pergeseran penyokong.

0

[VIDEO] Manek Urai - Manek Urai Polling Day scene



Voting for the Manek Urai by-election kicked off at 8am today with the two contesting candidates - both of whom are not registered voters in the state constituency - visiting polling stations in the area.

Monday, July 13, 2009

0

[BREAKING NEWS] Manek Urai - Orang ramai beratur dapat wang

Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.

Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.

Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.

Update: Duit untuk pengundi 'tidak cukup'

Seorang pemimpin Umno Kuala Krai mendakwa sehingga tengah malam tadi masalah pembahagian duit kepada pengundi Umno di DUN Manek Urai belum selesai.

"Masih ada lagi yang mendakwa belum menerima duit yang dijanjikan. Saya difahamkan mereka akan mendapat RM300 seorang.

"Saya difahamkan duit tidak cukup, terpaksa menunggu duit baru," katanya, yang enggan namanya disiarkan, kepada Malaysiakini.

Diminta mengulas dakwaan tersebut, Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid bagaimanapun berkata, duit berkenaan bukannya untuk pengundi DUN Manek Urai.

Sebaliknya, kata beliau, dana itu untuk petugas parti yang berkempen untuk calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

Katanya, petugas dijanjikan dibayar upah RM30 sehari untuk kerja-kerja seperti merayu undi dan menampal poster.

"Kalau mereka bekerja 10 hari akan dapat RM300, tetapi ada juga yang bekerja untuk tempoh beberapa hari sahaja.

"Jika ada orang kata duit tersebut untuk pengundi supaya menyokong Umno, ia tidak betul," tambahnya.

"Mereka mungkin salah maklumat."

Malaysiakini

1

[LIVE UPDATE] Proses Pengundian di Manek Urai, Kelantan

kemaskini 5pm Proses pembuangan undi di sembilan pusat pengundian yang melibatkan 27 saluran ditutup dengan rasminya jam 5 petang ini.

PAS awal-awal lagi yakin mempertahankan kerusi DUN Manek Urai dengan bancian awal sekurang-kurangnya majoriti 2,000 undi.

kemaskini 4.22pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 4 petang tadi sudah mencecah 86.4 peratus atau 10,626 pemilih menunaikan tanggungjawab - sejam lagi sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

kemaskini 3.32pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

kemaskini 2.48pm Lebih kurang 300 penyokong PAS dan BN dilaporkan bertembung di pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari ini.

Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh polis dan empat buah trak unit tindakan ringan diletakkan di situ bagi meningkatkan keselamatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

Susulan pergaduhan itu, beberapa orang penyokong kedua-dua belah pihak mengalami kecederaan dan semuanya dihantar ke Hospital Kuala Krai.

Akhbar yang sama juga melaporkan, kira-kira jam 11 pagi terjadi insiden membaling batu dan botol antara kedua-dua belah pihak di sekolah berkenaan.

Sementara itu laman web The Star pula melaporkan, lima anggota Puteri Umno mengalami kecederaan dalam kekecohan dua kumpulan penyokong parti yang bersaing itu di luar SK Peria kira-kira 10.30 pagi.

kemaskini 2.05pm Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yakin peluangnya merampas kerusi DUN Manek Urai "lebih cerah" jika peratusan keluar mengundi meningkat.

Ditemui dekat pusat membuang undi di Chuchoh Puteri, beliau berkata peratusan tinggi itu bermakna ramai pengundi muda keluar membuat pilihan dan memangkah BN.

kemaskini 1.55pm Dua ahli Puteri Umno Kelantan dikejarkan ke Hospital Kuala Krai selepas dibaling dengan batu ketika bertugas di pusat pembuangan undi SK Peria, lapor laman web Utusan Malaysia.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, masing-masing cedera di belakang dan pengsan di tempat kejadian akibat terkena balingan batu oleh perayu undi parti yang bertanding.

Difahamkan ada kalangan mereka yang cedera sehingga patah gigi kerana masing-masing membaling botol air dan batu ketika meraih undi, lapor akhbar itu lagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dipetik berkata, kejadian berlaku berikutan provokasi yang dilakukan oleh perayu-perayu undi parti yang bertanding.

kemaskini 1.25pm Jumlah penyokong PAS jauh mengatasi kumpulan kecil penyokong BN di pusat pembuangan undi Lata Rek dengan kadar 150 orang berbanding lima orang, semuanya Wanita dan Puteri Umno.

Kumpulan wanita disorak agar "balik ke rumah" tetapi tetap bersemangat dengan berpayung di bawah terik matahari, sambil mengibarkan bendera.

Manakala kumpulan penyokong PAS pula berada di bawah khemah yang dilengkapi kipas angin, makanan dan minuman. Mereka berehat dengan santai, termasuk makan tengah hari di situ.

Beberapa penyokong Umno kelihatan berteduh di pokok-pokok berhampiran.

kemaskini 1.23am Peratus keluar mengundi sehingga pukul 1 tengah hari sudah mencecah 76.2 peratus atau 9,359 pemilih mengundi pilihan masing-masing - sama ada calon BN Tuan Aziz Tuan Mat atau calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

Mengikut trend pembuangan undi setakat ini, peratus keluar mengundi kemungkinan akan lebih tinggi daripada 85 peratus seperti disasarkan lebih awal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

kemaskini 12.22am Peratus keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari sudah mencecah 68.4 peratus atau 8,415 pemilih menunaikan tanggungjawab - empat jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.

11.35am Peratus keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ini sudah mencecah 57.6 peratus atau 7,085 pemilih menunaikan tanggungjawab - tiga jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.

11.20am Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin parti itu akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai, tetapi dengan majoriti yang berkurangan.

Mahfuz, yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau juga menjangka jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah di sekitar 84 peratus.

"Saya tidak menjangka ramai akan pulang (untuk mengundi) kerana hari ini Selasa (hari bekerja di luar Kelantan).

"Namun begitu, dari maklum balas yang diterima, ada yang telah pulang (untuk mengundi).

"Kerana itu kita menjangka menang tetapi jumlah majoriti kurang," katanya.

10.50am Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.

Mereka meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ.

Penyokong PAS itu turut mengoyak pelekat tersebut sambil melaungkan 'penyamar'.

kemaskini 10.39am Di SK Manek Urai Lama, kira-kira 250 penyokong PAS balas-membalas sorakan dengan lebih kurang 200 penyokong BN.

Penyokong PAS menjerit "rasuah" dan "Altantuya" (Shaariibuu) kepada lawannya, dan kedengaran ungkapan lucah berkonotasi liwat dari arah kumpulan BN yang berada di seberang sebatang jalan kampung.


kemaskini 10.23am Peratus keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi ini sudah mencecah 38.3 peratus atau 4,706 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.


kemaskini 10.05am Di Manek Urai Baru pula, seorang wanita dipercayai penyokong Umno "naik angin" kerana tidak tahan mendengar bacaan salawat dan takbir yang kuat dan tidak henti-henti oleh penyokong PAS.

Insiden dekat SK Manek Urai Baru bermula lebih kurang 9.10 pagi, tidak lama selepas MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kawasan tersebut.

Laungan takbir yang diselang-seli dengan selawat kira-kira 150 penyokong PAS, kebanyakan lelaki - yang berada di sebelah sekumpulan 50 penyokong BN, rata-ratanya wanita - menimbulkan rasa gelisah wanita terbabit.

Beliau kelihatan berbincang dengan beberapa petugas PAS dan dengan muka berangnya bersuara dengan nada sedikit tinggi. Bagaimanapun suaranya ditenggelami laungan penyokong PAS.

Beberapa anggota polis kemudian kelihatan cuba memisahkan kumpulan parti-parti politik bertanding itu. Kira-kira 30 anggota polis ditempatkan di situ.


kemaskini 9.29am Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai bermula jam 8 pagi tadi, dengan kedua-dua calon, Tuan Aziz Tuan Man dari BN dan Mohd Fauzi Abdullah dari PAS meninjau pusat pengundian.

Kedua-duanya bukan pengundi dalam DUN tersebut.

Pengundian akan berjalan sehingga jam 5 petang ini, manakala keputusannya dijangka diketahui menjelang jam 8 malam ini.

Manek Urai mempunyai 12,293 pengundi, dengan 99.2 peratus Melayu manakala bakinya pemilih Cina dan India.

Keputusan pilihanraya kecil hari ini akan menandakan sama ada PAS dan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat mampu mengekalkan pengaruhnya di Kelantan yang telah ditadbir selama 19 tahun.

Manakala BN, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pula mengharapkan kemenangan di Manek Urai bagi menamatkan kekalahan berterusan BN dalam semua pilihanraya kecil - kecuali DUN Batang Ai di Sarawak - selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Nik Aziz yang tiba di pusat mengundi di SK Perai 10 minit awal, terpaksa menunggu ketibaan Mohd Fauzi.

Calon PAS itu tiba jam 8.10 pagi dan mencium tangan menteri besar tersebut sebagai tanda hormat, manakala para penyokong pula melaungkan "Allahu Akbar".

Manakala kumpulan Wanita Umno di bersebelahannya pula menempik "Hidup Melayu". Calon BN kemudiannya beredar ke Manek Urai Lama.

Nik Aziz dan Fauzi yakin PAS akan mempertahankan kerusi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil hari ini.

Manakala Tuan Aziz pula berkata pula yakin sekurang-kurangnya 51 peratus pemilih akan mengundi BN.

"Setakat semalam, sokongan makin meningkat," katanya.

Sebelum ini, para pengundi mula menyemak nama masing-masing dalam senarai pemilih di pondok yang disediakan oleh SPR.

Keadaan di sekitar Manek Urai Lama bergerak perlahan. Cuaca baik dan anggota polis mengawal di setiap simpang. Banyak kawasan dijadikan jalan sehala.


kemaskini 9.05am Sembilan pusat pengundian dibuka yang melibatkan 27 saluran dan diselia kumpulan pegawai lantikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diketuai pegawai pengurus Adnan Hussin, yang juga ketua jajahan Kuala Krai.

Pusat pembuangan undi dan jumlah pemilih yang layak seperti berikut:

1. SK Temalir (983 orang)
2. SK Peria (2,019)
3. SK Manek Urai (1,890)
4. SK Manek Urai Baru (1,093)
5. SK Sungai Sok (980)
6. SK Chuchoh Puteri (1,517)
7. SK Lata Rek (1,094)
8. SK Kampung Karangan (1,049)
9. SMK Laloh (1,643)

Jumlah keseluruhan pemilih, termasuk 25 orang melalui pos, 12,293 orang.

SPR mensasarkan kira-kira 85 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi ada pilihan raya kecil ini.

Selepas pengundian ditutup pukul 5 petang ini, dan kemudian pengiraan undi di semua sembilan pusat berkenaan, penjumlahan undi akan dilakukan di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Keputusannya dijangka seawal-awalnya pukul 8 malam ini.

Malaysiakini

0

[VIDEO] Manek Urai - Kelantan Cuti Esok, Royalti Ke Parlimen



Manek Urai - Kelantan Cuti Esok, Royalti Ke Parlimen

0

[VIDEO] Khir Toyo diperintah keluar dewan



Khir Toyo diperintah keluar dewan

0

[VIDEO] Manek Urai - UMNO Gali Lubang Sendiri oleh Nik Aziz



Manek Urai - UMNO Gali Lubang Sendiri oleh Nik Aziz

0

[VIDEO] Manek Urai - Suara minoriti di Manek Urai



Malaysiakini.tv's intrepid video unit, Amiruddin Abdullah and Ng Kok Foong, both hailing from Kelantan - the former from Tanah Merah and the latter from Machang - sought out local views on the upcoming Manek Urai by-election next week.

This time they located the few Chinese voters who will be casting their vote for their choice candidate tomorrow for the state seat of Manek Urai.

0

[VIDEO] Manek Urai - Arahan polis tutup bilik gerakan PKR N41 bermotif politik



Campur tangan polis bertentangan dengan Kod Etika Pilihanraya SPR sendiri.

0

[VIDEO] Manek Urai - Nik Aziz hargai penyertaan Nasharuddin di N41



Kemunculan Nasharuddin di Manek Urai memadamkan spekulasi pihak-pihak tertentu

0

[VIDEO] Manek Urai - Air Percuma: Tidak ada pemimpin Umno tak nak


Part 1


Part 2

Penjelasan Isu Air Percuma Negeri Selangor pada majlis Ceramah MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Kg Temalir pada 11 Julai 2009.

Thursday, July 9, 2009

0

[VIDEO] Manek Urai - MU: Bui duit ambik,bui kertas undi pakoh bulan oleh Tok Guru Nik Aziz



Manek Urai - MU: Bui duit ambik,bui kertas undi pakoh bulan oleh Tok Guru Nik Aziz

0

[VIDEO] Manek Urai - Kenapa UMNO tolak Islam oleh Nik Aziz



Manek Urai - Kenapa UMNO tolak Islam oleh Nik Aziz

0

[VIDEO] Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana at Ampang

Kembalikan Negara Hukum dan Hak Rakyat


Part 1


Part 2


Part 3


Part 4

Wednesday, July 8, 2009

0

[VIDEO] Manek Urai - Pembohongan dan penyelewengan pemimpin-pemimpin UMNO oleh DSAI



Manek Urai - Pembohongan dan penyelewengan pemimpin-pemimpin UMNO oleh DSAI

0

[VIDEO] Manek Urai - Royalti Sebenar ialah 1.7 billion oleh Husam



Manek Urai - Royalti Sebenar ialah 1.7 billion oleh Husam

0

[VIDEO] Manek Urai - UMNO Bagi Satu Gunung Untuk Tauke Judi oleh DSAI



Manek Urai - UMNO Bagi Satu Gunung Untuk Tauke Judi oleh DSAI

0

[VIDEO] Manek Urai - Penyelewengan BN Dan Cerita Sebenar Obama Call Najib Oleh DSAI



Manek Urai - Penyelewengan BN Dan Cerita Sebenar Obama Call Najib Oleh DSAI

Tuesday, July 7, 2009

0

[VIDEO] Manek Urai: Umno's Tuan Aziz Tuan Mat



The Manek Urai by-election will see a two-horse race between Umno's Tuan Aziz Tuan Mat and PAS' Mohad Fauzi Abdullah for the long-held PAS-held state seat.

0

[VIDEO] PKR's Zaid Ibrahim in Manek urai



Zaid was speaking at the Umno stronghold of Kampung Lela Setia, Laloh. Also present were PAS vice-president Salahuddin Ayub and its Manek Urai candidate Mohd Fauzi Abdullah.

0

[VIDEO] Manek Urai: Let the showdown begin



Manek Urai: Let the showdown begin.

0

[VIDEO] Khir Toyo's new Bali-theme palace talk of the town



Selangor opposition leader Dr Khir Toyo's lavish new home in Shah Alam is now under scrutiny as the property is allegedly beyond his means, or any menteri besar who served for eight years.



DAP's Sekinchan state assemblyperson Ng Suee Lim claimed that the 50,000 sq feet or 0.5 hectre property was constructed at an estimated cost of RM20 million while the land was bought at a price of RM3.8 million.

Malaysiakini

0

[VIDEO] Straight fight in Manek Urai



The Manek Urai by-election will see Umno's Tuan Aziz Tuan Mat, 39 taking on PAS' Mohad Fauzi Abdullah for the traditional PAS-held state seat.

Tuan Aziz was the first to file his nomination papers this morning at the SMK Sultan Yahya Petra 1 nomination centre.

He was quickly followed by PAS' Mohd Fauzi (left in photo), 50, a fish wholesaler and Kuala Krai PAS treasurer.

An hour-long objection period at the end of the nomination period saw one objection but that was rejected by the returning officer.

Both the candidates can now start campaigning for the by-election.

Malaysiakini

0

[VIDEO] Shahrizat in Manek Urai



Shahrizat in Manek Urai.

0

[VIDEO] The Faces & Colours of Manek Urai Nomination Day



Some 2,100 police personnel were deployed, including 600 at the nomination centre.

The by-election on July 14 will see PAS' Mohd Fauzi Abdullah, 50, taking on Umno's Tuan Aziz Tuan Mat, 39.

The by-election on July 14 has been called because of the death of former state assemblyman Ismail Yaakob, of PAS, on May 22.

Malaysiakini

0

[VIDEO] "Saya akan tunaikan amanah Allah ini"- Mohd Fauzi



Ucapan pada kempen sulungnya selesai sahaja proses penamaan calon.

0

[VIDEO] Perlawanan tradisi antara PAS dan BN di Manek Urai



Hanya calon PAS, Mohd Fauzi dan calon BN, Tuan Aziz disahkan bertanding.

Thursday, July 2, 2009

0

Exclusive: Cerita awal perkahwinan Manohara


Promo Video: Manohara meets Malaysiakini

Perkahwinan Manohara Odelia Pinot dengan Tengku Temenggong Kelantan berlangsung tanpa persediaan teratur pihaknya kerana beliau "diajar supaya selalu berkata ya" kepada Sultan Kelantan.

"Sebelum berjumpa dengan keluarga diraja, saya diajar cara berjalan dan bercakap dengan mereka. Mereka beritahu, saya tidak boleh berkata 'tidak' kepada keluarga diraja kerana ia dianggap sebagai menghina.

"Saya diajar selalu berkata, 'ya Tuanku (Sultan)' dan 'ya, Raja (Perempuan)'," kata ibu bekas model muda itu Daisy Fajarina dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

"Jadi, selepas berjumpa dengan Raja (Perempuan), saya tinggalkan bilik dan bertemu adindanya, Tengku Anisah, Datuk Wan Hassan dan Tengku (Muhammad Fakhry Petra).

"Saya beritahu mereka, Raja mahu Manohara berkahwin dengan Tengku.

"Saya kata kepada mereka, dengan segala hormatnya, saya ibunya, bagi pihak keluarga Manohara, saya jemput keluarga Tengku datang ke Jakarta untuk membicarakan masalah perkahwinan."

Daisy, 44, menceritakan dilemanya menguruskan perkahwinan Manohara, yang menurutnya, tidak mendapat kebenaran pejabat urusan agama Indonesia dan tanpa persetujuan ayah kandung di Amerika Syarikat.

Ditemui di Jakarta baru-baru ini, Daisy mengakui tidak dapat menolak permohonan istana kerana segala persediaan perkahwinan pada 26 Ogos tahun lalu telah dijalankan.

Mereka juga tidak dibenarkan pulang dari Kelantan sehingga selesai walimatul urus itu, tambahnya.

Wanita kelahiran Sulawesi Selatan itu ditemui di sebuah hotel di Jakarta sewaktu menunggu Manohara menjalani penggambaran bagi drama bersiri pertamanya – diadaptasi daripada perjalanan hidupnya – yang sedang dalam pembikinan.

Menceritakan versinya mengenai konflik anaknya yang mendakwa didera putera Sultan Kelantan itu, Daisy mendakwa keluarganya tidak diberikan wang hantaran seperti kelazimannya.

"Tetapi menjelang perkahwinan, mereka berikan Manohara mas kahwin bernilai RM15,000 dan barang kemas," katanya, dan mengakui Manohara masih menyimpannya.

Beliau sebelum ini mendakwa anaknya didera Tengku Muhammad Fakhry secara emosi, mental dan seksual sepanjang sembilan bulan perkahwinan mereka.

Dengan pertolongan kedutaan-kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat, Manohara melarikan diri ke Jakarta dari Singapura sewaktu menziarahi Sultan Kelantan yang sedang gering di republik itu.

Malaysiakini

0

Hindraf Protest at DAP HQ Ipoh


Hindraf Protest at DAP HQ Ipoh

0

[Health Info] Organ Timings - Useful Information


Click image to enlarge

Wednesday, July 1, 2009

0

Najib gets bashed at Pakatan 'unity' rally



About 4,000 people turned up at the Stadium MPPJ in Kelana Jaya at last night's Pakatan Rakyat 'unity' rally in the bid to project a united front.

All major Pakatan leaders were at the ceramah - aimed at explaining their stand on unity talks with Barisan Nasional which had apparently fractured the loose coalition.

Among the leaders who spoke were PKR supremo Anwar Ibrahim, DAP's veteran leader Lim Kit Siang, PAS president Abdul Hadi Awang and Selangor Menteri Besar Mohd Khalid Ibrahim.

The leaders took pains to squash rumours of cracks within Pakatan as a result of PAS' flirting with Umno on the unity talks issue.

0

Stupid KJ embraces PAS Youth offer



Umno Youth Chief Khairy Jamaluddin lauded the PAS Youth's initiative in making the first move in welcoming constructive discussion between the two parties.

PAS Youth have shown that they are brave enough to defy the Pakatan Rakyat's leadership, when Pakatan has said that they didn't want any to hold any talks with Umno, he said.

Previously attempts to hold discussion between PAS and Umno at the central level were disrupted by PAS allies in Pakatan Rakyat (PR), he said.

Khairy was referring to the announcement made by Opposition Leader Anwar Ibrahim last week reasserting that PAS was firm in its commitment to Pakatan Rakyat.

PAS president Abdul Hadi Awang PAS had stirred a whirlwind after suggesting that the Islamist party should strike a deal with its arch rival, Umno, in forming a unity government.

We would be doing disservice if we don't accept their request... it is a significant step they are taking, said Khairy.

The Rembau MP also expressed hope that discussions between the two parties will not be limited only to matters concerning Islam and the Malays.

0

Pemuda PAS ajak Pemuda Umno berwacana


Cadangan perbincangan atas tajuk "Benarkah Perjuangan Umno bertentanagn Islam"

0

PAS: Muafakat pemimpin padukan Pakatan Rakyat


Konsep perpaduan dan 1Malaysia ada pada Pakatan Rakyat, bukan pada Umno BN.

0

Nik Aziz Mahu berdebat dengan Najib sendiri


Sebagai pemegang jawatan tertinggi pemerintahan negara.

0

PAS sambut baik keputusan Raja-Raja


Selar sikap kerajaan bertindak melulu membelakangkan pandangan pelbagai pihak

0

Royalti Minyak, PAS wajar dedah pembohongan Kerajaan Pusat



Sebagai menjawab gesaan ketua pembangkang negeri supaya PAS tidak membangkitkan isu tersebut dalam ceramah.

0

Anwar Ibrahim: Ceramah Pakatan Rakyat di Kelana Jaya


Anwar Ibrahim: Ceramah Pakatan Rakyat 30/06/2009 Part 1


Anwar Ibrahim: Ceramah Pakatan Rakyat 30/06/2009 Part 2


Anwar Ibrahim: Ceramah Pakatan Rakyat 30/06/2009 Part 3

Monday, June 29, 2009

0

Anwar: Suruhanjaya menutup masalah yang sebenar



Anwar: Suruhanjaya menutup masalah yang sebenar

0

Debat Pas Umno, Umno penakut



Rakyat boleh nilai sendiri tentang PAS dan Umno melalui perdebatan.

0

Bukti tentera dikerah menangkan Umno di Manek Urai



Program kebajikan disertai tentera di Dun Manek Urai timbulkan kesangsian

0

Makan duit haram, macam makan babi – Tun M



He's back. After six years of unofficial banishment from Umno, former premier Dr Mahathir Mohamad today spoke at a party function for the first time.

The occasion - officiating a motivational course organised by Pandan Umno division. The place - Institut Latihan Memperkasakan Umno in Janda Baik, Pahang, a 50-minute drive east of Kuala Lumpur.

This is the first time in six years after stepping down (as premier) that I have the opportunity to address Umno members, said Mahathir, who was clad in a red and white short-sleeve shirt.

He was apparently trying to make a point - red and white are after all the party colours.

Saturday, June 27, 2009

0

Penjelasan Komunis Oleh TGNA



Komunis, apa lagi persamaan terbaik?

0

MP Bebas Pasir Mas kecewa dengan ucapan Wakil BN Pasir Salak



Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali membahaskan penguntukan Semula Perbelanjaan 2009 (2)di Dewan Rakyat pada 24 Jun 2009. "20 minit ucapan BN Pasir Salak penuh dengan gelak ketawa," Kata Tok Hem.

0

Husam: PAS perintah Malaysia bermula dari Manek Urai



Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Husam Musa menyampaikan ceramah sempena majlis mengisytiharkan Calon PAS bagi Pilihanraya Kecil N.41 Manek Urai (3) di Manek Urai Lama pada 26 Jun 2009. Proses Penamaan Calon pada 6 Julai 2009 dan Hari Mengundi pada 14 Julai 2009.

0

Husam: PAS Perintah Malaysia bermula dari Manek Urai



Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Husam Musa menyampaikan ceramah sempena majlis mengisytiharkan Calon PAS bagi Pilihanraya Kecil N.41 Manek Urai (2) di Manek Urai Lama pada 26 Jun 2009. Proses Penamaan Calon pada 6 Julai 2009 dan Hari Mengundi pada 14 Julai 2009.

0

Royalti Minyak Kelantan, UMNO BN Menipu Rakyat diPRK Manek Urai



Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

0

Pakatan Rakyat Bersatu Teguh , Umno BN Akan Roboh...



Pakatan Rakyat Bersatu Teguh , Umno BN Akan Roboh...

0

VIDEO Pengisytiharan Calon PAS



VIDEO Pengisytiharan Calon PAS

Thursday, June 18, 2009

0

Dewan Muslimat PAS Tolak Kerajaan Perpaduan



Dewan Muslimat PAS Pusat Menolak Kerajaan Perpaduan Dan Berpegang Teguh Dengan Keputusan Muktamar PAS ke 55 Dan Menolak sebarang Kerjasama Politik Dengan UMNO BN.

0

Kerajaan Perpaduan Perspektif Ketua Dewan Ulama'



Konsep Kerajaan Perpaduan – Ustaz Harun Taib

KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Ustaz Harun Taib telah memberikan perpektif, konsep kerajaan perpaduan yang sebagaimana dikemukakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media di Pejabat PAS Terengganu semalam, katanya, beliau tidak mahu memberikan komen tetapi akan menerangkan konsep tersebut.

”Sepatutnya saya tidak komen kerana Presiden tidak ada, saya akan menerangkan, bukan pandangan,

”(ia adalah) apa konsep kerajaan perpaduan yang dikemukakan Presiden PAS,”jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru dilantik.

Beliau berkata, konsep kerajaan perpaduan itu mestilah dilihat urutan satu persatu bermula dengan tema ucapan dasar Muktamar PAS baru-baru ini, “Islam Memimpin Perubahan”.

Katanya Negara Malaysia mestilah berubah dan PAS mahu perubahan itu mesti dipimpin oleh Islam.

”Kalau perubahan kerajaan dipandu oleh Islam, perubahan SPR dipandu oleh islam, perubahan kehakiman dipandu oleh Islam,”

”sekarang ini yang mendepani kerja-kerja dan perjuangan Islam adalah PAS, jadi PAS yang akan memimpin sebuah kerajaan perpaduan, ini satu lontaran,

”jika semua orang (pihak) setuju, DAP setuju, PKR setuju, UMNO Setuju, MIC setuju, MCA setuju dan parti Sabah Sarawak setuju,”katanya.

Beliau berkata sekiranya hanya PAS dan UMNO (sahaja) bergabung, ianya bukan sebuah kerajaan perpaduan tetapi ia adalah sebuah kerajaan gabungan (campuran).

”PAS dengan UMNO tidak timbul, bukan PAS dengan UMNO sahaja, kalau PAS dan UMNO sahaja tak perlu melontarkan secara terbuka (konsep kerajaan perpaduan), bisik-bisik dengan UMNO (sahaja boleh) tubuh kerajaan,

”tidak (akan) berlaku, tidak ada gagasan, tidak ada seorang pun orang (ahli) PAS nak (gabung PAS dengan UMNO),”tegasnya.

Menurutnya konsep kerajaan perpaduan akan dibincangkan disemua peringkat pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Walaupun begitu, katanya, jika semua bersetuju sekalipun, ia tidak boleh dilaksanakan kecuali satu Muktamar Khas diadakan bagi mendapat persetujuan semua ahli-ahli PAS,

Justeru, menurutnya, perlaksanaan kerajaan perpaduan akan mengambil masa dan tidak boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat.

0

Siasat Segera Rampasan Kuasa Di Perak – DS Nizar



NIZAR MAHU SURUHANJAYA DIRAJA DITUBUHKAN SIASAT RAMPASAN KUASA DI PERAK

Wednesday, June 17, 2009

0

DSAI Yakin Dengan Pimpinan Pas



Anwar confident in PAS

0

Najib Terdesak Cari Sokongan - Anwar Ibrahim



Najib Terdesak Cari Sokongan - Anwar Ibrahim

0

Rakaman Temuramah Tuan Guru Nik Aziz Dengan Wartawan



Saya ulangi lagi ini (kerajaan perpaduan) kerja boneka Umno, jika benar Nasharuddin setuju terus terang saya sebut lebih baik dia masuk Umno dan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok. Apa buat sampahini menyusahkan orangbiar dia masuk Umno seorang - TGNA

Thursday, June 4, 2009

0

Video Pengakuan Maaf Adhan Terhadap Husam Musa



Kedua-dua Adun BN tersebut memohon maaf pada sidang media khas di pejabat Kelantan siang tadi.

0

Ahmad Said Suka Ketika Melawat Stadium Runtuh



Ahmad Said tersenyum lebar apabila Tuanku Sultan merasmikan stadium pada 10 Mei, 2008, walaupun beliau cukup tahu, ia adalah binaan yang separuh siap.

Paparan televisyen dan media arus perdana tidak langsung memfokuskan kamera masing-masing kepada seribu satu masalah yang ada dalam ‘batang tubuh’ Stadium Sultan Mizan.

Ketiadaan lampu limpah (spotlight) diatasi dengan memanggil ‘Event Management’ dari Kuala Lumpur, membawa apa sahaj peralatan, asalkan ‘ongkosnya’ beres.

Simpang siur wayar bekalan elektrik dari punca luar dibawa oleh ‘treler’ penjana kuasa elektrik yang di datangkan khas oleh Tenaga Nasional Berhad kerana mungkin stadium belum mempunyai bekalan elektrik yang cukup.

Atau mungkin pendawaian yang masih belum selesai, justeru bekalan elektrik kepada bahagian-bahagian tertentu dihadkan.

Terdapat beberapa bilik kompatmen di bahagian belakang stadium yang telus pandang ke lelangit konkrit, yang masih belum dikemaskan dengan syiling.

Air meleleh, mengalir ikut anak-anak tangga, tak tahu datangnya dari mana dan tandas stadium yang pelik, kerana hanya ada satu lubang pintu masuk untuk lelaki dan perempuan berkongsi bersama.

Yang paling membimbangkan, jelas kelihatan retak pada struktur utama paling tinggi, yang menyambungkan konkrit dengan besi tiang bumbung stadium.|

Tetapi semua itu tidak ada masalah, semuanya akan dibaiki menjelang perasmian SUKMA, kira-kira 20 hari lagi, pada 31 Mac, 2008.

Semua mata bertumpu kepada Diva tanahair, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang dipancari lampu sorot, bergedik-gedik atas pentas utama.

Buruh-buruh Indonesia, Bangla serta Pakistan mencuri-curi keseronokan, turut hadir dalam majlis perasmian Stadium yang tecanggih di pantai Timur itu.

Hilang segala masalah pembinaan stadium yang tergesa-gesa dan seribu masalah kerja yang akan timbul keesokkan harinya apabila dentuman kuat meriam memancarkan selerakan ‘bunga api’ di ruang udara!

Ahmad Said tersenyum lebar dan ketawa, apabila dirinya merealisasikan ‘impian’ Idris untuk mengiringi Tuanku Sultan berangkat ke pentas Diraja, merasmikan Stadium yang memahat sejarah itu.

Upacara perasmian dan perjalanan SUKMA juga tidak kurang hebatnya.

Walaupun atlet dan pekerja Indonesia berjalan seiringan diatas trek olahraga, namun atlet Terengganu menempa kejayaan dan pekerja Indonesia berjaya membaiki kerosakkan sini dan sana.

Stadium Sultan Mizan mengukir sejarah peribadi kepada Ahmad Said sehingga mengalirkan air mata kerana terlalu gembira.

Terengganu ditabalkan sebagai juara baru SUKMA sekaligus menjadi ‘Kuasa Baru’ sukan tanahair.

Tidak ada sesiapa yang menyangka sebelas bulan kemudian bumbung stadium akan runtuh !

Dan ketika Ahmad Said membuat tinjauan, melihat keseluruhan bumbung stadium yang runtuh semalam, Ahmad Said masih tersenyum dan ketawa….he..he…

Mungkin ‘Impian Menjadi Realiti’ kepada Ahmad, kerana bukan beliau yang membina stadium itu, tetapi Idris!

Tuesday, June 2, 2009

0

Stadium Runtuh : Siasatan Menyeluruh Perlu Dilakukan



Stadium Runtuh : Siasatan Menyeluruh Perlu Dilakukan

0

Nik Aziz gembira jika benar wujud erdogan dalam PAS



Erdogan Turki menentang Asrael, Erdogan PAS menentang sekular

0

Kemenangan Penanti Bukti UMNO BN Telah Ditolak Rakyat



Kemenangan Penanti Bukti UMNO BN Telah Ditolak Rakyat

Monday, May 25, 2009

0

Keputusan mahkamah tak selesai kemelut Perak - TGNA



Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz mencadangkan DUN Perak dibubar.

0

Without BN Anything Is Possible : Lim Guang Eng

0

We Will Fight Till The End : Nizar (Penanti)

Part 1


Part 2

0

Ceramah DSAI di Sg Lembu 24 Mei 2009

Penanti By-election: Anwar Ibrahim 24/05/2009 Part 1


Penanti By-election: Anwar Ibrahim 24/05/2009 Part 2

Wednesday, May 20, 2009

0

Alasan tak Bertanding Hanya Dalih Umno - Nik Aziz



Takut berdepan penolakan berterusan rakyat seperti beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini.

Saturday, May 16, 2009

0

Anifah Berniat Jahat Terhadap Anwar Ibrahim - Sankara



Anifah Berniat Jahat Terhadap Anwar Ibrahim - Sankara

Thursday, May 14, 2009

0

MB dipilih oleh Hakim Mahkamah, ini benda pelik – TGNA



Kedegilan kerajaan BN Sesuatu yang memalukan. Berilah pada rakyat menjadi hakim untuk memilih pemimpin.

Semua MB dipilih oleh rakyat bukan dipilih oleh Hakim Mahkamah. Peliknya sekarang ini, MB di pilih oleh Hakim Mahkamah, ini benda pelik, benda yang tak sepatutnya berlaku, mengaibkan rakyat dan mengaibkan demokrasi.

Saya sendiri menjadi MB, dan begitu juga MB negeri-negeri lain dipilih oleh rakyat bukannya dipilih oleh hakim Mahkamah.

TGNA

Wednesday, May 13, 2009

0

Setiuasaha TPM Dirompak, 5 Ditembak Mati



Setiuasaha TPM Dirompak, 5 Ditembak Mati

0

MB Haram Jadah Made in PERAK



Perak Satu-Satunya Negeri Di Malaysia Yang Mempunyai Menteri Besar Haram Yang Ditolak Oleh Rakyat Dan Diangkat Oleh Mahkamah

0

Nizar vs Zambry : Rangkuman 13 Mei 2009



  • Bagaimana Seseorang Yang telah Dihukumkan Tidak Sah
  • Bagaimana kita Boleh Benarkan Dia Dududuk Di Kerusi MB

Monday, May 11, 2009

0

(VIDEO) Nizar Menteri Besar Perak yang SAH



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah. Mstar.

Friday, May 8, 2009

0

30 Hari Najib Sebagai PM : 100 Ditahan



Polis setakat ini menahan kira-kira 100 orang, termasuk peguam dan ahli pembangkang semalam dalam gerakan besar-besaran terhadap pihak yang membantah apa yang disifatkan sebagai pencabulan demokrasi di Perak.

0

Amukan BN Di Sidang DUN Perak Semalam: Penjelasan Penuh MB Perak DS Nizar.

Part 1


Part 2


Part 3


Amukan BN Di Sidang DUN Perak Semalam: Penjelasan Penuh MB Perak DS Nizar.

0

Sultan sampaikan signal positif, Nizar akan segera menghadap



Memohon perkenan Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

0

(VIDEO) Sivakumar dragged out



Several uniformed police personnel grab hold of Sivakumar and forcibly remove him from the speaker's chair.

He was then dragged out of the House by a group of plainclothes personnel wearing tags which read 'official'. Sivakumar resists and shouts, "I am the legal speaker. Why am I being treated like this?" It cannot be ascertained if these were police personnel.

0

DUN Perak 7 Mei: BBC buat laporan polis



Diperlakukan seolah-olah kami ini binatang,Sedangkan itu rumah kami untuk bermesyuarat – YB Idham Lim.

0

Bersih's Wong released



Polls reform group Bersih's activist Wong Chin Huat was released from police custody at 3.30pm at the Commercial Crimes Investigation Department (CCID) headquarters in Kuala Lumpur.

Thursday, May 7, 2009

1

DUN Perak 7 Mei:PAS kesal pengendalian persidangan



PAS yakin hanya pembubaran DUN mampu selesai masalah.

0

DUN Perak 7 Mei: Pesta tangkapan beramai ramai



Lebih 50 ditangkap termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat.

0

DUN Perak 7 Mei: Baju hitam 1 Black Malaysia dilarang jual



Peniaga diberi amaran atau berdepan barangan dirampas.

0

Demokrasi Hancur Dan Musnah Ditangan BN



Demokrasi Hancur Dan Musnah Ditangan BN

0

The Great DUN Perak fiasco



The Great DUN Perak fiasco

0

Perlantikan Speaker Haram Versi TV BN



Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya -Prof Dr Aziz Bari

0

Perlantikan Speaker Haram Versi TV BN



Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.

Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.

Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.

BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker. Sidang hari ini tiada dan tidak sah.

Terima kasih kepada semua media yang bekerjasama dengan baik.

Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.

Pinkturtle2

0

7 Mei - Titik Hitam Dalam Sejarah Malaysia



7 Mei - Titik Hitam Dalam Sejarah Malaysia - Penyempurnaan sbeuah rampasan kuasa oleh BN ke atas kerajaan Pakatan Rakyat Perak



Lebih 300 orang polis bertugas di bangunan Dewan Negeri


Kumpulan polis berpakaian biasa keluar dari bangunan Dewan Negeri Perak.


Dari tingkat dua Bangunan SUK jelas kelihatan deretan polis keluar dari bangunan SUK


Perbarisan tamat tugas untuk ceroboh Dun Perak


Pasukan Polis berpakaian biasa sekitar 300 orang berbaris sebelum bersurai


Pangkat di bahu baju Dress no 1 saya tinggal 1 sahaja, hilang dalam pergelutan pertahankan speaker


Ipoh: Satu malapetaka dan pencabulan hak oleh pihak yang tidak sepatutnya hadir dalam Sidang DUN tapi kali ini bila lebih 300 orangpolis berpakaian seragam dan tidak, diarah oleh pihak yang tidak sepatutnya dan mengundang kekecohan Sidang Dun hari ini.

Saya sendiri terserempak dengan segerombolan mereka yang sedang mengadakan ‘rowcall’ atau perbarisan tugas di lantai bawah berhampiran tempat letak kereta sebentar tadi.

Merekalah antara yang berpakaian biasa yang masuk dan menganggu persidangan sehingga menimbulkan kekecohan yang tidak sepatutnya.

Selain itu merekalah yang mengusung dan menyeret Speaker Sivakumar keluar dan dikurung di sebuah bilik rahsia yang mengikut maklumat awal adalah stor.

Inilah demokrasi yang tercemar di Perak hari ini. Sejarah pertama sebuah Dewan telah diceroboh oleh begitu ramai pegawai keselamatan. Saya tidak menyalahkan mereka tetapi saya menyalahkan orang yang mengarahkan mereka bertugas di tempat yang tidak sepatutnya.

Blog Cina Islam

0

Nizar : Saya akan segera mengadap Tuanku untuk mohon bubar DUN

07 Mei 2009

Saya dalam masa terdekat untuk mengadap Tuanku untuk memohon Perkenan bubarkan DUN Perak.

Hubungan saya dengan pihak Istana baik dan saya akan menggunakan hubungan baik ini untuk mohon mengadap kata NIzar dalam sidang media sebentar tadi.

0

Sidang Akhbar Nizar - Sidang DUN hari ini TIDAK SAH!

07 Mei 2009
Sidang Akhbar jam 4.15 petang

Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.

Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.

Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.

BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker. Sidang hari ini tiada dan tidak sah.

Terima kasih kepada semua media yang bekerjasama dengan baik.

Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.

0

Arrests galore at SUK



Perak State Assembly Chaos

Wednesday, May 6, 2009

0

43 NGO Serah Memo Kepada Sultan Perak Mohon Bubarkan DUN Perak



43 NGO Serah Memo Kepada Sultan Perak Mohon Bubarkan DUN Perak. Nizar kesal Zambry tidak tangguhkan sidang.

0

Krisis Di Perak: Berserah Kepada Allah, Raja Segala Raja



As the final touches for the opening ceremony of the Perak state legislative assembly are being put in place, there is an obvious air of uncertainty in Ipoh.

Police trucks ferrying riot police were seen whizzing across the city but people are still clueless as to the no-go zones for tomorrow.

No police roadblocks were sighted within the city nor the vicinity of the state assembly hall this afternoon.

This evening it is learnt that several prayer sessions (sembahyang hajat) have been held for the people arrested earlier in the day.

This particular one was held in Tambun led by Ustaz Badrul Hisham. About 260 people attended the prayers.

0

Ustaz Syamsul Dakwa Pemecatan Beliau Didalangi Umno



Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab di Bukit Damansara, Ustaz Syamsul Firdaus Mohamed Supri yang dipecat serta-merta berkuatkuasa 1 Mei lalu mendakwa pemecatan beliau didalangi oleh Umno yang mengenakan tekanan politik ke atas Jawatankuasa Pengurusan Masjid tersebut.

0

Gani Patail Berniat Jahat Dalam Kes Nizar-Zambry



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Gani Patail yang menyatakan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak .

Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, Tan Sri Gani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional berjumlah 28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.

Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti.

Beliau mempersoalkan, sekiranya Datuk Seri Nizar boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan ADUN, bagaimana pula kedudukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said?

“Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Ahmad Said, secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN BN, sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu yang memalukan dan melucukan,” katanya

Fariz berkata, ekoran persengketaan politik dalaman, perpecahan UMNO-BN Negeri Terengganu begitu parah sehingga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menurunkan pangkat Datuk Ahmad.

“Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik menjadi Pengerusi UMNO Negeri Terengganu menggantikan Datuk Ahmad, bermakna beliau gagal memimpin dan menyelesaikan polemik yang yang berlarutan dan tiada kesudahan,” ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Oleh itu, katanya Najib sepatutnya melucutkan jawatanDatuk Ahmad kerana ADUN-ADUN UMNO sudah hilang kepercayaan kepada beliau.

Katanya Najib sepatutnya mengambilkan tindakan yang sama seperti mana tindakan yang beliau lakukan terhadap kerajaan negeri Perak.

Tambah Fariz lagi tindakan ADUN-ADUN UMNO menolak, menentang dan hilang kepercayaan terhadap Datuk Ahmad begitu jelas, terbuka dan tanpa segan silu menolak kepimpinan dan peribadi Datuk Ahmad.

Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat, membantah dan kesal dengan campur tangan Peguam Negara yang seolah-olah berniat jahat (mala-fide), berusaha untuk mempengaruhi perbicaraan kes antara Menteri Besar Pakatan Rakyat dengan Menteri Besar Rampasan Kuasa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Kata Fariz, sekiranya hujah Tan Sri Gani diterima mahkamah dan ia menjadi ‘precedent case’ (kes ikutan), justeru Najib mesti melakukan tindakan yang sama mengikut kes tersebut dan memecat Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

AMK Negeri Terengganu turut mencadangkan, adalah lebih baik Datuk Ahmad segera melepaskan jawatan Menteri Besar secara sukerala atau mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan dan sokongan ADUN-ADUN UMNO.

http://buletinonline.net

0

SUK dan OCPD Hina Speaker dan DUN Perak



SUK Perak dan OCPD Ipoh Hina Speaker dan DUN Perak

0

Pemuda PAS alukan kemasukan Renggo



PAS terbuka menerima golongan artis yang ingin bersama menunaikan tugas dakwah melalui medium mereka.

Mana-mana artis yang mempunyai tanggapan tertentu pada PAS.. buang semua tanggapan tu.. pecahkan dinding dalam hati anda, join PAS baru anda tahu PAS ITU BEST - Renggo

Tuesday, May 5, 2009

0

(VIDEO) UMNO BN Zalim, Manoharan Terus Ditahan



UMNO BN Masih Zalim, Manoharan Terus Ditahan

Monday, May 4, 2009

0

Penanti : TG Nik Aziz Tegur PAS Pulau Pinang



Penanti : TG Nik Aziz Minta PAS Jangan Kacau.
Perak : SPR Ikut Telunjuk UMNO, Solat Hajat 5 Pagi pada 7 Mei nanti

Friday, May 1, 2009

0

Cubaan bunuh ADUN PKR Kuala Kurau, YB Yunus Jamsari

Sebentar tadi..aku menerima panggilan telefon dari Albanjari tentang satu serangan yang dibuat terhadap ADUN Kuala Kurau, Yunus Jamsari.

Sekumpulan penyerang dalam tiga buah kereta telah menyerang kereta YB Yunus dan dilaporkan Pembantu Khas YB Yunus yang dikenali sebagai Pak Nan telah cedera parah.

Update: 11.53 malam.

Aku baru dapat menghubungi YB Yunus dan beliau memaklumkan bahawa beliau selamat dari serangan tersebut kerana belum sampai kepejabat waktu itu.

Menurut YB Yunus, serangan berlaku kira-kira jam 8.40 malam tadi dimana sekumpulan hampir 20 orang lelaki Melayu telah menyerang Pak Nan yang pada waktu itu sedang minum disebuah warung berdekatan pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau.

(Berita sepenuh akan menyusul)

Sementara itu, seorang pemimpin PKR Perak memaklumkan bahawa semua ADUN telah diminta untuk menjaga keselamatan masing-masing berikutan ancaman dan ugutan ganas yang akan dilakukan terhadap mereka menjelang 7hb Mei ini.

http://perakexpress.com

0

Demo Bantah Kabinet Isu Agama Anak



Perhimpunan anjuran bersama Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam dewan itu dan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan diadakan di Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat.

Dalam satu kenyataan bersempena perhimpunan tersebut, ketua Pemuda PAS negeri tersebut Kamaruzaman Mohamad menggesa kabinet menarik balik keputusan itu yang dianggapnya "paling biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong, mufti, Parlimen dan juga sistem kehakiman negara."

Malaysiakini

0

Mohd Nizar: New Politics vs Racial Politics

Part 1


Part 2


Part 3


Part 4


Part 5


Just how much has Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin's profile grown in the past 13 months? He was a relative unknown on March 17, 2008, when he was appointed Perak mentri besar. Today, he is PAS's rising star and a symbol of its possible future where the stigma of Islamic extremism no longer retards its political ambitions. At the time of writing, the new Bukit Gantang MP has collected vice-presidential nominations for the June party polls from all three divisions that have had their general meetings so far. The Feb 5 toppling of his government, which has led to a gripping constitutional crisis, has paved the way to a paradigm shift within the party, that for decades, suffered under the perception of Islamic extremism, rendering it "unelectable" to non-Muslims, in the words of research chief Dr Dzulkefly Ahmad.